Bertanyakan Diri...


bertanya hati pada suatu pagi,
di mana harga diri,
usah ditawan gunung harapan,
usah direnang lautan impian,
sedang hati rapuh bergoyang,
bagai angin menyapa lalang...

biar ku daki,
gunung harapan ini,
walau ku tahu ranjaunya runcing berduri...

tiada yang bakal merubah,
jika diri tidak mengubah,
tiada yang sudi memberi,
jika acap kali kau minta simpati...

dipesan orang tua,
dikala suka ramai bertanya,
dikala susah ramai menyisih...

hanya padaMU TUHAN,
ku mohon kesempatan,
tunjukkalah jalan,
permudahkan perhitungan...

(adakala perlu utk beritahu diri sendiri... usah menasihati andai diri sendiri tidak dinasihati... kerana wujud manusia yang sanggup tabur pasir dalam periuk nasik kawan hanya untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri...)

No comments:

Post a Comment