Pilihan...


Terdapat 2 orang lelaki

Seorang tua dan seorang lebih muda
lelaki muda bertanya, "macam mana memilih isteri yang baik?"

Jawab lelaki tua, "berjalanlah dari hujung padang ini ke hujung sana,
pilihlah satu helai rumput yang paling cantik di perjalanan ini tanpa
berpatah balik sekiranya sudah melaluinya..."

maka lelaki muda ini mula berjalan,
tiba-tiba dia berhenti sebentar,
dan kemudiannya meneruskan perjalanannya,
dia kembali kepada lelaki tua itu
tanpa memungut rumput....

lelaki tua bertanya, "kenapa anda berhenti dan di manakah rumput yang anda
pilih..."

lelaki muda itu menjawab, "di perjalanan tadi saya terlihat sehelai rumput
yang cantik tapi saya berharap akan ada yang lebih baik di hadapan, di
hujung padang saya sedar saya telah terlepas rumput yang paling baik yang
saya tinggalkan tadi."

Lelaki tua itu berkata, "memilih isteri yang baik juga begitu, kalau terlalu
gopoh, anda akan hilang isteri yang lebih baik yang mungkin anda jumpa, tapi
kalau telalu memilih anda mungkin kehilangan wanita yang paling baik yang
pernah awak jumpa."

3 comments: