Kuasa & Kedudukan

Bila ada kuasa dan kedudukan,
manusia lupa diri,
lupa hakikat kehidupan yang sebenar,
mereka menganggap kuasa dan kedudukan ada segala-galanya,
dan boleh buat apa sahaja yang mereka suka...

Mereka melupakan bahawa,
semua manusia adalah sama,
tiada beza antara satu sama lain...

Juga mereka merasakan apa yang ada,
pada mereka akan kekal selama-lamanya,
itulah kesilapan besar mereka...
(1999)

Kuasa...
bila diperoleh dengan paksaan,
tidak akan wujud ketenangan...

Kuasa...
bila disalahgunakan,
tiada lagi keamanan...

Kuasa...
bila terlalu dibanggakan,
hilanglah nilai perikemanusiaan...
(1999)

No comments:

Post a Comment